Assalamualaikum...
Tiara update sinopsi Novel Dear Yayah dari siri 1 sampai Sejuknya Eau Claire...
Tiara dah baca, tapi Tiara beli masa Tiara darjah 5, tahun 2010. Sekarang ni taktau la ada jual lagi ka tak.. 1 ja cara nak tau :D kena pi popular carik lah :p
Kalau korang jenis shopping online kann, korang boleh beli dekat ♥ CLICK SINI ♥ ..
Dear Yayah Comic pun adaaa~
✿DEAR YAYAH 1
Elemen-elemen penting dalam hidupku:
Yayah - Diari kesayangan
Suria - Bestfriend merangkap roommate. Minat kat Khairi (jejaka idaman Malaya katanya tapi mamat tu tak tahu pun Suria minat kat dia )
Hazman - Bestfriend juga. Selalu bagi surat kat aku sebab kawan senyap-senyap. Malu pulak nak cerita.
IK - Mamat misteri yang selalu bagi kad yang cute-cute kat Suria (Jealous betul!)
✿DEAR YAYAH 2
Dear Yayah kembali lagi. Kali ini dengan diari kehidupannya yang baru. Jihan dan Suria sudah tidak perlu menyorok lagi kerana semua pelajar sudah tahu mengenai persahabatan mereka dengan Hazman dan Khairi. Tetapi mereka masih juga meneruskan aktiviti menghantar surat dan kad-kad yang comel. Rupa-rupanya Jihan mempunyai seorang kawan baik bernama Kamal. Ini menimbulkan rasa cemburu dalam diri Hazman. Tetapi, tiba-tiba sesuatu yang tidak terduga terjadi menyebabkan Jihan jadi tidak keruan dan mula menyendiri...
✿DEAR YAYAH 3
Jihan kembali lagi dengan cerita baru!
SPM makin hampir!
Jadual makin padat.
Hari-hari terakhir di mereka maktab... terisi dengan kenangan pahit ataupun manis?
Siapa Kartini? Mengapa dia tiba-tiba menjelma dalam hidup Jihan?
Apa pula cerita Suria dan Khairi? Mengapa Adam tiba-tiba menyisihkan diri?
SPM makin hampir!
Jadual makin padat.
Hari-hari terakhir di mereka maktab... terisi dengan kenangan pahit ataupun manis?
Siapa Kartini? Mengapa dia tiba-tiba menjelma dalam hidup Jihan?
Apa pula cerita Suria dan Khairi? Mengapa Adam tiba-tiba menyisihkan diri?
✿DEAR YAYAH 4
Kali ini, Jihan dah tamat sekolah. Macam mana agaknya hidup Jihan di rumah tanpa teman-teman yang menemaninya selama 5 tahun. Apa keputusan SPM Jihan dan kawan-kawannya? Berdebar-debar pula rasanya...
✿DEAR YAYAH SEJUKNYA EAU CLAIRE!
Jihan dan Suria terbang ke Eau Claire bagi menyambung pengajiannya. Sepanjang di luar negara, pelbagai pengalaman menarik dialami oleh mereka, antaranya bermain salji, memetik buah epal dan mempunyai keluarga angkat yang berlainan agama. Bagaimana mereka berdua mengharungi hidup yang jauh dari keluarga dan rakan-rakan tersayang? Ikuti travelog Jihan sepanjang di Eau Claire dalam buku terbaru Dear Yayah.

.gif)





No comments:
Post a Comment
Comment sini mehh!