Friday, 15 August 2014

10 SINOPSIS NOVEL REMAJA MELAYU!


Assalamualaikum, Haiii :D
  macam yang sudah dimaklumkan.. Tiara akan update 10 SINOPSIS NOVEL MELAYU!
tapi Novel remaja yang selalu dibaca remaja. (sebenarnya tak ingat ayat yang nak ditulis) hihih~ 

Dear Yayah The Series:
 :: mungkin buku ni ramai yang dah baca and ramai orang dah tau, tapi tak pa.. kita bagi orang yang tak tau pasal buku ni tauu..

Minat Dear Yayah?
Maka buku ini menjadi koleksi peribadi yang perlu dimiliki. Dear Yayah The Series adalah kompilasi terhebat dan pertama di Malaysia yang menggabungkan 5 siri popular Dear Yayah karya Farihah Iskandar.
   Edisi terhad ini hanya boleh didapati di rangkaian kedai buku POPULAR.
                      >> SINOPSIS DEAR YAYAH SIRI 1-5 <<

    JUTAWAN GEDIK : (buku Kak Ain Maisarah memang fofularr!)

Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!
Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!
Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.
Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!
Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!
Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.

   GO TASNEEM GWIYOMI:

Go Tasneem Gwiyomi!
“Maafkan aku Tasneem, lepas ini dahi kau bertanda. Semuanya gara-gara aku pernah bencikan kau yang rapat dengan kakakku yang buta...”

Rahsia Mimpi
“Oh, kenapa Cikgu Oriana muncul dalam mimpi saya mama? Saya pun fikir dia sebenarnya guru di sini. Saya tak sangka dia bekas guru mama juga...”

Awak Dah Tak Benci Saya?
“Mak saya kan dah jadi mak awak dan papa awak dah jadi papa saya...”

Jom Kita Kawan
“Wah, bagusnya awak, sudah pandai bocorkan rahsia ya?”

Alahai, Kesiannya Dia!
“Maafkan Ayu mak, tapi sebenarnya...”
   (Kalau dekat kedai buku tak dak.. boleh beli online ♥ CLICK SINI ♥)

  BINI AKU TOMBOY KE?:
Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.

Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”

Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”

Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”

Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?

Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?
(BELI ONLINE : ♥ CLICK SINI ♥)

    PROJEK FESYEN: 

Projek Fesyen...
Misi Nur Haness bagi menukar penampilan:
  • Menggayakan pelbagai fesyen remaja gaya muslimah.
  • Mencuba pelbagai fesyen ikatan tudung daripada baju nampak mahal.
  • Mempelajari cara mudah dan murah menjadikan baju nampak mahal.
  • Mencari aksesori pelengkap gaya yang sedap dipandang mata.

Mengisahkan watak utama, Nur Haness yang mahu tampil dengan penampilan gaya muslimah sempena Minggu Keseniaan dan kebudayaan Islam di Sekolah Sri Bangsar. Nur Haness menjadikan blog penulis pujaannya, Ain Maisarah bagi menjalankan eksperimen dalam berfesyen gaya Muslimah bagi merebut hadiah utama pertandingan, berupa tiket penerbangan ke Dubai sempena Minggu Fesyen Islam.

Pelbagai dugaan dan halangan yang menguji kesabaran Nur Haness dengan  taktik kotor Cik Pah dan rakan-rakan bagi menggagalkannya dalam pertandingan itu.

  KASUT BALLERINA PUTIH:

Kata Insyirah, " Tidak mahu. Saya tidak mahu menjadi jururawat! Siapa yang pandai-pandai membuat permohonan untuk saya memasuki kolej kejururawatan itu? Saya tidak mahu. Titik!
('Saya tidak mahu memakai kasut ballerina putih itu seumur hidup. Bosan!') 
Kata Puan Aminah, " Kamu perlu menjadi jururawat. Kerjaya itu sesuai untuk kamu. Setidak-tidaknya, kamu akan kelihatan lebih feminin.
Tidaklah berkelakuan kasar seperti remaja lelaki begini."
('Kamu tiada pilihan. Kamu perlu sambung cita-cita emak yang tidak kesampaian itu.')
Insyirah tidak pernah bercita-cita menjadi jururawat. Dia hanya mahu menjadi penternak moden, dan aktif berpersatuan di kampungnya.
Dia tidak pernah terfikir berprofesion yang berpakaian kemas. Apatah lagi, berkasut ballerina putih. 
Itu sangat keperempuanan!
Namun, dia tidak sanggup menghampakan ibunya.
(BELI ONLINE: ♥ CLICK SINI ♥)

     KLISE DI HATIKU:
Danial Hazqil, seorang jejaka yang suka mencari gaduh dengan Qalesya Khumaira. Setiap pertemuan yang berlaku antara mereka berdua akan menjadi medan untuk berperang mulut. Hidupnya tidak tenang jika tidak menyakiti hati Qalesya Khumaira.

“Uwek… boleh blah… Aku nak hidup dengan kau macam Tarzan and Jane memang taklah. Lebih baik aku hidup dengan monyet daripada hidup dengan kau. Sekurang-kurangnya monyet tak reti nak sakitkan hati aku.” - Qalesya Khumaira

“Aku tak sangka selama ni kau ada impian untuk hidup dengan monyet. Tapi kalau kau nak hidup dengan monyet pun okey jugak aku rasa, sebab kau dengan monyet memang serasi bersama. Muka kau dengan monyet memang ada iras-iras pun.” - Danial Hazqil

Qalesya Khumaira, gadis yang sederhana dan periang. Seorang gadis yang tidak tertarik dengan lelaki yang berwajah tampan dan lelaki yang tidak menghormati wanita. Seperti Danial, Qalesya tidak mempercayai cinta sebelum pernikahan. Oleh sebab itu, dia telah menerima lamaran daripada Salman yang merupakan kawan baik Danial Hazqil.

Lamaran Salman menyebabkan hati lelaki Danial Hazqil remuk-redam dan hancur berkecai. Namun, dia terus menjadi pemuja rahsia Qalesya Khumaira. Baginya, biarlah Qalesya Khumaira bahagia di samping sahabat baiknya walaupun hatinya menyimpan beribu kedukaan. 

Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Takdir Danial dan Qalesya Khumaira berubah 180 darjah setelah Salman memohon kepada Danial agar menjadikan Qalesya sebagai isterinya yang sah. Perasaan Danial berbelah bagi untuk menerima kerana dia tahu bahawa Qalesya tidak pernah mempunyai perasaan terhadap dirinya. 

Qalesya pula tidak dapat menerima bahawa Danial Hazqil akan menjadi suaminya yang sah. Dalam hatinya tiada sekelumit cinta pun buat Danial kerana hatinya terlebih dahulu dibuka untuk Salman, lelaki yang terlebih dahulu melamarnya.

MY FLYING KISS GIRL:

Mungkinkah ciuman terbang itu dilayangkan bersama dengan mantera atau jampi cinta, Rayyan sendiri tidak tahu. Apa yang dia tahu adalah ciuman terbang itulah yang telah merubah hidupnya serta-merta. Berubah daripada seorang yang tidak tahu menghargai perempuan, menjadi lelaki yang penuh dengan rasa cinta. Berubah daripada seorang yang tidak pernah merindui dan menyayangi seorang wanita, menjadi perindu bulan siang dan malam.

Tetapi, adakah untuk memiliki gadis flying kiss semudah yang disangka?

Demi untuk mendapatkan gadis idaman hati, pelbagai cara dilakukan oleh Rayyan Hafizi. Dirayu, dipujuk, digoda, dipaksa dan pelbagai lagi cara lagi demi untuk memastikan empunya badan dapat dimiliki sepenuhnya. If you’re not willing to sound stupid, you do not deserve to be in love. Memang, demi cinta Rayyan sanggup melakukan apa saja demi membuktikan keikhlasan! Dan Aireen, mampukah dia bertahan untuk tidak mengalah pada rasa cinta, lebih-lebih lagi apabila sudah tinggal sebumbung dengan Romeo Malaya itu?

Ya, suka ataupun tidak, mahu ataupun tak, rela atau dipaksa, Aireen perlu menerima hakikat bahawa dia disatukan dengan Rayyan Hafizi dan kini bukan sahaja berkongsi bumbung yang sama, tetapi juga berkongsi bilik yang sama, katil, tilam dan bantal yang sama! Namun, Rayyan takkan mampu menakluki sepenuhnya kepercayaan dan kasih Aireen selagi dalam hati Aireen terselit nama Amir dan terngiang-ngiang nama Rafeeq!

Antara mereka, siapa yang tidak akan mampu melupakan sejarah silam? Kewujudan Rafeeq, kehadiran Hannah, membuatkan cinta dan kasih sayang Rayyan dan Aireen teruji untuk ke sekian kali.

My flying kiss girl, kisah cinta ini takkan terjadi tanpa hadiah ciuman terbang daripadamu!

  PELINDUNG CINTA:
Hanya kerana sebuah amanah, Radwa terpaksa menjadi seorang pelindung. Bukan pelindung kepada seorang jutawan atau kaum kerabat, tetapi hanya pelindung kepada abang kawan baiknya, Raed Daniyal.
Pertemuan pertama antara mereka mendebarkan Radwa, tapi tidak pada Raed. Dia benci! Benci dengan kehadiran gadis itu. Bukan benci kerana terasa diganggu tetapi benci kerana kehadiran gadis itu membuka kembali luka lama.
“Saya... Saya...”
“Saya apa?!”
“Saya suka awak, Raed. Sebab tu saya buat macam tu.”
“Oh, jadi nak tackle akulah ni? 
Kecewa dengan reaksi lelaki itu, Radwa mula menjalankan misi lain. Misi mengubati kembali luka Raed! Malangnya dari misi memujuk, terpaksa pula menjadi... Misi memikat Raed!
Dapatkan Radwa mempertahankan hubungan mereka dan sebuah amanah? Berjayakah mereka menjadi pelindung cinta antara mereka?
(BELI ONLINE: ♥ CLICK SINI ♥ )

SARANGHAEYO, ARUMI!
Pertembungan Aiyani dengan Arumi Aisy, memulakan segalanya.
Aiyani yang aegyo, menarik minat Arumi yang selama ini dingin kepada gadis lain di kolej. 
Biarpun mereka bagaikan kucing dan anjing, Arumi menemukan bahagia di kafe comel milik ibu Aiyani.
Surat-surat hitam memaksa Arumi menyingkap tabir dirinya yang selama ini penuh misteri dan rahsia.
Sehingga akhirnya Aiyani mula yakin bagi mengucapkan, 'saranghaeyo, Arumi', tetapi saat itu memori Arumi bagaikan hilang bersama angin.
(BELI ONLINE: ♥ CLICK SINI ♥ )
SEKIAN :)







No comments:

Post a Comment

Comment sini mehh!